Thursday, October 22, 2009

ATTENTION TO ALL STUDENT FBHS

Kepada semua pelajar Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan (FBSK) UNiSEL anda diwajibkan membayar YURAN KOMITMEN persatuan sebanyak RM5 sebelum 31 Januari 2010.Yuran tersebut adalah untuk dana persatuan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kepada anda semua. Seperti yang termaktub dalam perlembagaan persatuan mahasiswa-mahasiswi FBSK adalah anda semua DIWAJIBKAN membayar yuran tersebut. Kerjasama dari semua pelajar amat diperlukan.Harap maklum.

Monday, July 6, 2009

Influenza A ( H1N1 )

BERMULA di Mexico, virus selesema babi menular ke seluruh dunia dengan angka mangsa semakin meningkat dalam tempoh yang singkat, sekali gus membangkitkan kebimbangan banyak pihak.

Menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kumulatif kes melebihi 70,000 dengan lebih 300 kematian.

Negara paling teruk seperti Amerika Syarikat, Mexico, Kanada, Chile, United Kingdom dan Australia.

Virus selesema babi atau influenza A (H1N1) muncul daripada campuran virus selesema yang asalnya daripada unggas, babi dan manusia yang berupaya menyebabkan jangkitan membawa maut.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain berlaku di kalangan mereka yang ada kaitan dengan ternakan babi.

Ia dikatakan mudah berjangkit sesama manusia apabila individu dijangkiti batuk dan bersin dengan tidak menutup mulut.

Justeru, sebagai langkah pencegahan, setiap individu sewajarnya menjaga tahap kesihatan dan kebersihan tanpa mengira waktu dan tempat.

Dalam Islam, kebersihan amat ditekankan sebagaimana sabda Nabi s.a.w, maksudnya: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman."

Berhubung wabak khususnya yang membawa maut, baginda bersabda, maksudnya: "Jika anda mendengar mengenainya di satu tempat, jangan ke sana, tetapi jika wabak itu berlaku di sebuah negeri di mana anda berada, terus berada di situ, jangan lari dari tempat itu."

Kemudian, al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, yang Nabi s.a.w, bersabda, maksudnya: "Unta-unta menderita kerana penyakit (kudis atau kurap) tidak seharusnya bercampur dengan unta-unta yang sihat."

Hadis itu menerangkan mengenai pengasingan atau kuarantin antara haiwan yang baik dan berpenyakit. Dalam kes manusia, ia memerlukan lebih pemerhatian.

Kerajaan prihatin dengan masalah itu dengan mengambil beberapa langkah pencegahan.

Usaha itu selaras dengan saranan hadis di atas, malah menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ia bertepatan dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya menjaga kesihatan dan keselamatan diri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata saranan supaya orang ramai tidak berkunjung ke negara dilanda virus H1N1 juga patut diikuti serta dipatuhi.

"Garis panduan berkaitan kaedah pengawalan wabak penyakit itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad yang diriwayatkan Abdullah bin Amir supaya orang ramai tidak ke sesuatu tempat dilanda wabak dan jika berada di sesuatu tempat dilanda wabak pula, seseorang itu hendaklah kekal berada di situ.

"Cara dilakukan ini selaras tuntutan Maqasid Syariah atau objektif syariah," katanya.

Penularan kes terbabit semakin meluas, malah dalam waktu sama mengundang pelbagai tanggapan dan andaian di kalangan penduduk. Sesetengah juga membataskan pergaulan dan urusan dengan khalayak bagi mengelak jangkitan.

Tidak kurang masyarakat Islam mempersoalkan kefarduan dalam ibadat seperti solat berjemaah dan Jumaat, sama ada ia gugur atau tidak kerana bimbang penularan wabak itu.

Profesor Syariah di Universiti Alexandria, Dr Muhammad Kamal Imam, berkata selesema babi adalah wabak global merebak ke beberapa negara di seluruh dunia dan tidak terbatas di tempat asalnya.

"Apa yang diisytiharkan WHO tidak membabitkan sebarang kuat kuasa undang-undang, namun ia boleh dikatakan yang semua langkah penting dan berjaga-jaga seharusnya diperhatikan di tempat penyakit cepat tersebar.

"Tetapi masih tidak membayangkan gugurnya kefarduan menghadiri solat Jumaat. Ini kerana penduduk (di kawasan terbabit) boleh terus bekerja dan bertemu di rumah, malah mengerjakan solat Jumaat di mana-mana," katanya.

Profesor Fiqah Perbandingan Universiti Al-Azhar, Dr Sa'd Hilal, berkata menghadiri solat Jumaat adalah tanggungjawab individu setiap lelaki Muslim dewasa, siuman dan mastautin, bukan pengembara yang tiada keuzuran syarie bagi meninggalkannya seperti sakit.

Menurutnya, individu Muslim dilarang meninggalkan solat Jumaat kerana perintah mengerjakannya termaktub dalam al-Quran, sebagaimana ditegaskan dalam surah al-Jumu'ah.

"Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (Al-Jumu`ah 62:9)

Dr Sa'd berkata, walaupun perisytiharan WHO (sebagai wabak) memerlukan pemerhatian berhati-hati, orang Islam tidak boleh mengabaikan solat Jumaat dan solat berjemaah, kecuali wabak tersebar luas.

Menurutnya, mereka yang menghadiri solat Jumaat dan solat jemaah perlu berwaspada, misalnya menghindari berjabat tangan atau menahan diri daripada berpeluk dan berkucup satu sama lain (di tempat yang teruk).

"Mereka perlu mengelak semua bentuk yang boleh membawa kepada pemindahan jangkitan," katanya.

Sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera kerana anda mungkin telah dijangkiti penyakit selesema babi.

Harap maklum.

Berita baik untuk semua pelajar Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan

Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan Unisel adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Biomesta telah diluluskan oleh TNC HEP unisel pada 8 Jun 2009. Di harap dengan adanya persatuan ini semua pelajar di bawah fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan dapat memberi komitmen bukan sahaja dalam bidang pelajaran malah dalam bidang kokurikulum bagi meningkatkan lagi kualiti sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dan berkebolehan dalam bidang masing-masing kelak.

Lawatan MQA

Untuk pengetahuan semua pelajar di bawah Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan MQA akan mengadakan lawatan ke fakulti FBSK pada 2-3 september 2009. Sepanjang lawatan ini di harap semua pelajar dapat memberi kerjasama dari segi menjaga tatatertib sebagai seorang pelajar ipt dan bersedia sekiranya anda di panggil secara rawak oleh pihak MQA untuk di temuduga. Di harap semua pelajar dapat memberi jawapan yang positif sekiranya anda di panggil untuk di temuduga oleh mereka. Lawatan seterusnya akan berlangsung selepas hari raya aidilfitri yang bakal tiba.

Perasmian Persatuan dan Penyampaian Anugerah Dekan

Majlis Pelancaran Persatuan Fakulti FBSK ( BIOMESTA )

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana majlis perasmian persatuan fakulti dan penyampaian anugerah Dekan yang telah diadakan pada 11 september 2009 pukul 3petang bertempat di Dewan Serbaguna (DSG) UNiSEL telah pun berjalan dengan lancarnya. Dengan adanya persatuan ini diharap semua pelajar di bawah fakulti ini dapat memberi komitmen dalam berpersatuan bagi meningkatkan lagi kualiti anda sebagai siswa siswi UNiSEL selepas tamat pengajian nanti. Bukan itu sahaja penyampaian anugerah Dekan di harap dapat meningkatkan lagi semangat semua siswa siswi Bioperubatan dan Sains Kesihatan untuk bersaing secara sihat dalam bidang akademik.

Lawatan ke HUKM (Medical Laboratory Technology 3/06/07)

Lawatan tersebut terdiri daripada pelajar tahun akhir MLT yang mana mereka di beri pendedahan mengenai persekitaran tempat kerja yang sebenar. Lawatan tersebut merupakan lawatan kali pertama dari fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan UNiSEL. Dengan adanya lawatan seperti ini di harap pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di bawah fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pekerjaan mereka selepas tamat pengajian kelak. Program seperti ini akan di buat setiap semester yang mana hanya melibatkan pelajar semester ke-5 dan ke atas atau pelajar-pelajar yang akan pergi praktikal sebagai persediaan awal kepada mereka.

ENVIRONMENT HEALTH PROGRAMME

Ini adalah antara program yang telah dianjurkan oleh pelajar yang mengambil kursus Kesihatan Persekitaran sepanjang 2009. Peserta-peserta yang mengikuti program ini terdiri daripada pelajar-pelajar EH sahaja. Kepada semua pelajar-pelajar yang ingin tahu Program untuk tahun 2010 boleh lah menghubungi Ketua Exco EH iaitu Shafiq Munir Ismail Munir.

Dinner Night Faculty Biomedical & Health Sciences 2009

Dinner night ini adalah dinner buat julung-julung kalinya diadakan bagi Fakulti Biomedical & Health Sciences UNiSEL di Blue Wave Hotel Shah Alam. Program ini telah berlangsung sebelum Final Exam dan sempena perpisahan pelajar senior/lama yang akan pergi praktikal pada tahun 2010. Bukan itu sahaja program ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pelajar dengan pelajar dari kursus lain dan juga antara pelajar dengan pensyarah. Program ini insyaallah akan dijadikan program tahunan bagi Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan UNiSEL.